Satu Peringatan!!



Assalamualaikum w.b.t

Salam perjuangan,

Sudah lama kita tidak bersua didalam laman ini yang nampaknya semangkin suram dari hari kehari, aku tidak tahu kenapa tiba-tiba malam ini terdetik didalam hati aku ingin kembali ke dalam alam siber ini untuk berkongsi sedikit sebanyak pengalaman untuk dikongsi bersama pembaca budiman sekalian.

Bertambah lagi kegelisahan hati aku ini apabila melihat umat islam pada hari ini seakan akan berpecah belah, saling kata mengata antara satu sama lain, saling menuding jari sambil mengatakan “engkau sesat aku berada dijalan benar” dan macam-macam lagi perkataan yang dikeluarkan untuk melabelkan kesesatan sesame orang islam dengan tuduhan yang pelbagai sehingga ada yang sanggup melabelkan kepada saudara sesame islam itu dengan perkataan “kafir”, tidak malukah kita apabila perkara-perkara seperti ini diketahui oleh non muslim?sedangkan kita ingin menyampaikan seruan islam kepada mereka.Bagaimana mereka ingin tertarik kepada Islam sedangkan kita ini yang sesame islam pun saling bertelingkah. Teringat aku akan sebuah hadis yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw:

“mencela orang muslim itu fasik dan membunuhnya itu kafir”

Aku berdoa kepada ALLAH swt “Ya ALLAH….. satukan lah kembali umat islam yang berpecah pada hari ini ya ALLAH” aku sayangkan kepada perpaduan sebagaimana yang dikecapi oleh umat islam yang terdahulu….

Kadang-kadang bila direnung kembali, kita seakan-akan sudah hilang adab-adab yang murni dalam membicarakan apa jua ilmu, kita terlalu gah dengan ilmu setahun jagung tidak seberapa, sehingga sanggup menolak pendapat pendapat orang yang tidak sehaluan dengan pandangan akal kita.Ini lah yang menyebabkan kita hilang perpaduan dikalangan umat islam dan tampaknya kelemahan umat islam yang ada pada hari ini, firman ALLAH swt dalam, surah al-anfaal 46:

Terjemahannya

Dan taatlah kepada Allah dan rasul-Nya dan janganlah kamu berbantah-bantahan, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar”

Aku cukup sedih bila terkenang nasib umat islam pada hari ini, belum lagi kita selesai membela saudara-saudara kita yang ditindas oleh kafir harbi pada hari ini seperti di palestin,Iraq dan sebagainya ditambah pula dengan pergaduhan,pertelingkahan sesame islam yang semangkin memuncak pada hari ini. Teringat aku,suatu ketika dulu aku pernah mendengar ceramah yang disampaikan oleh seorang ustaz yang meluahkan “suatu hari nanti umat islam sediri akan menimbulkan fitnah kepada agamanya”. Keadaan ini seolah-olah benar terjadi pada hari ini.

Ingatlah saudara seislamku sekalian umat islam pada hari ini sentiasa dihimpit oleh musuh-musuh islam yang meinginkan kehancuran islam,tidak kah kita sedar umat islam di Afghanistan,Iraq,palestin dll hampir hancur ditangan laknatullah, mereka berlumba-lumba mencipta senjata ketenteraan yang canggih berdasarkan teknologi pada hari ini semata-mata untuk merosakkan dunia islam dan keadaan kita pula masih lagi dalam keaadaan yang tidak menentu tanpa sebarang persediaan. Tersenyum musuh islam apabila melihat umat islam di asia ini pula saling betelagah antara satu sama lain seolah-olah hilang garis perpaduan.Cukupkah kita semata-mata berdoa untuk menyelamatkan saudara kita tertindas tanpa daya usaha?? Ingatlah...ALLAH tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu mengubah nasib mereka……… Dimanakah perpaduan kita pada hari ini??? Dimanakah kekuatan kita wahai muslimin??bangkitlah kita melawan arus,bersama-sama kita membawa panji-panji kebenaran…

Wallahuaalam