TUHAN, Aku Jatuh Cinta lagi…

Tuhan, tadi malam aku jatuh cinta lagi
Perasaan yang syahdu
Ada haru bercampur bahagia
Ada senyum diantara air mata

Tuhan, tadi malam aku jatuh cinta lagi
Jatuh cinta untuk yang kesekian kali
Ketika ku temukan surat cintaku padaMu
Walaupun untuk kesekian kali juga aku lupa bila pernah jatuh cinta padaMu

Tuhan, tadi malam aku jatuh cinta lagi
Ketika ku dapati kawanku mencontek surat cintaku padaMu
Cemburu rasanya…
Tapi tak mengapa…
Karena kami hamba-hambaMu sedang bersaing meraih cintaMu

Tuhan,…
Kenapa Kau tak pernah tolak cintaku
Padahal aku kadang lupa padaMu
Berkali-kali aku kirim surat cinta untukMu
Dan beribu-ribu kali Kau balas cintaku

Tuhan,…
Berkali-kali kukatakan cinta PadaMu
Berkali-kali pula kadang aku lupa padaMu
Ketika kumeminta keinginan-keinginanku hanya PadaMu
Kau berikan yang kuperlukan bukan yang kuinginkan

Tuhan, ketika rasa cintaku padaMu meliputiku
aku tesenyum melihat rencanaMu, baik dan buruknya
begitu indah Kau menghiburku
Tapi, ketika khilafku menyelimuti
Aku menangisi sesuatu yang tak jelas maknanya bagiku

Tuhan, tadi malam aku jatuh cinta lagi
Aku akan berusaha menjaga cintaku padaMu
Dan…
Jaga cintaku ya Tuhan, akan tetap bersih hanya untukMu…

Jom Semak Balik

Jom Semak Balik

Assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian,dalam kesibukan dunia yang fana, tanpa kita sedari sudah hampir 20 hari kita berpuasa. Kita seringkali di ingatkan oleh penceramah-penceramah tentang kelebihan bulan Ramadhan dengan pelbagai tawaran yang sangat menarik diberikan oleh ALLAH s.w.t jika kita berjaya melaksanakannya dengan penuh keikhlasan.Teringat saya akan sebuah hadis yang cukup popular didalam bulan ramadhan :

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

Maksudnya : Daripada Abi Hurairah radhiallahuanhu,Rasulullah saw bersabda:”barangsiapa yang berpuasa dibulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala ALLAH,maka akan diampunkan doasanya yang telah lalu”.

Hadis Riwayat Bukhori

Juga Sabda Rasulullah saw:

إِنَّمَا الْأَعْمَالُ بِالنِّيَّات

ِ “Setiap perbuatan itu dimulai dengan niat”

Hadis Riwayat Bukhori

Persoalan yang timbul adakah kita pernah meluangkan masa untuk kita merenung kembali adakah kita benar-benar telah memanfaatkan Ramadhan yang telah berlalu. Sejauh mana kah kita dalam memanfaatkan bulan yang dikurniakan oleh ALLAH swt dengan pelbagai kelebihan ini.

Firman ALLAH swt dalam surah Al-baqarah ayat 183 :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ 183

183. Maksudnya : Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.

Adakah kita telah menjadi golongan yang telah disebutkan oleh ALLAH swt dalam firmannya diatas?ayuh kita renungkan..

Maksud taqwa adalah mengerjakan perintah ALLAH dan meninggalkan larangan. Hal ini dapat direalisasikan melalui ibadah yang mulia ini. Kita berpuasa bukanlah sekadar menahan dari lapar dan dahaga sahaja bah kan kita juga mengerjakan segala larangan seperti berbohong,berkata keji dan sebagainya.

Dalam sebuah hadis Rasulullah saw telah bersabda :


كَمْ مِنْ صَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ صِيَامِهِ إِلَّا الْجُوعُ

Maksudnya: betapa ramai orang yang berpuasa, tidak dapat bagi mereka dengan puasa itu selain lapar.

hadis riwayat Ibn Majah, Ahmad

Jadi saya menyeru kepada diri saya dan sahabat-sahabat dengan masa yang tinggal lebih kurang 10 hari ini kita manfaatkan segala peluang dan ruang yang ada untuk mencari keberkatan dibulan Ramadhan ini terutamanya dalam memburu satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan sebagaimana yang telah disebutkan didalam al-Quran :

1. Sesungguhnya Kami telah menurunkannya ( Quran) pada malam kemuliaan

2. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?

3. Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan

4. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan

5. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.

(Surah al-qadr)

Dan mudah-mudahan juga kita menjadi orang yang terpilih untuk memasuki syurga melalui pintu ar-rayyan iaitu pintu khas bagi orang berpuasa yang sebagaiman disebut dalam sebuah hadits :

إِنَّ فِي الْجَنَّةِ بَابًا يُقَالُ لَهُ الرَّيَّانُ يَدْخُلُ مِنْهُ الصَّائِمُونَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ لَا يَدْخُلُ مِنْهُ أَحَدٌ غَيْرُهُمْ يُقَالُ أَيْنَ الصَّائِمُونَ فَيَقُومُونَ لَا يَدْخُلُ مِنْهُ أَحَدٌ غَيْرُهُمْ فَإِذَا دَخَلُوا أُغْلِقَ فَلَمْ يَدْخُلْ مِنْهُ أَحَد

Maksudnya : “sesungguhnya disyurga terdapat pintu yang dinamakan sebagai al-Rayyan. Orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu itu pada hari kiamat.Tidak ada seorang pun yang masuk melalui pintu itu kecuali mereka (orang yang berpuasa).Dikatakan,’Mana orang yang berpuasa?” Lalu mereka semua berdiri. Tidak ada seorang pun yang masuk melalui pintu ini selain mereka. Apabila mereka telah semua telah masuk,pintu ini akan ditutup dan tidak ada seorang pun yang akan masuk melaluinya. (Hadis riwayat bukhori)

Moga-moga kita tidak akan menjadi golongan yang rugi dalam memanfaatkan saki baki ramadhan yang tinggal ini.InsyaALLAH

Wallahua’alam